• Close
Loading...

Troli anda kosong pada masa ini


Subtotal :

RM 0.00
Tax included and shipping calculated at checkout

SUNGAI BESAR, 10 Jun 2025 –Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) terus komited memperkasakan usahawan dan komuniti Selangor menerusi penganjuran Program Ibadah Korban Hijrah sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha di Sungai Besar, Selangor. Inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang disokong oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) ini bertujuan menyantuni golongan asnaf di samping memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat.

Bertemakan “Komuniti Di Hati, Aidiladha Diberkati”, program ini dimulakan dengan ibadah sembelihan lembu dan kambing yang kemudiannya disusuli sesi gotong-royong yang melibatkan hampir 50 orang kakitangan Hijrah Selangor bersama komuniti setempat. 

Seramai 9 usahawan asnaf Hijrah Selangor menerima bahagian daging korban beserta sumbangan bakul makanan asas. Turut menerima sumbangan adalah 60 asnaf dari Kariah Masjid An-Nur, Sungai Haji Dorani, serta komuniti setempat.

Program siri keempat daripada 10 siri acara ini telah disempurnakan oleh Dato’ Ts. Saipolyazan M. Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor yang diiringi oleh Dato’ Mearia Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor. - Siakap Keli

Lorem Ipsum Dolor Sir Amet

Lorem ipsum dolor, sit amet consectetur adipisicing elit. Iure quis aut, tempore nemo delectus veritatis vel inventore exercitationem nobis, explicabo quo nulla architecto iste eveniet in autem corporis optio labore?