Soalan Lazim Pembiayaan Hijrah Selangor
-
Skim i-Bisnes adalah skim pembiayaan yang ditawarkan kepada individu yang berkelayakan untuk menambah modal perniagaan, pembelian aset dan pengubahsuaian premis perniagaan. Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) adalah skim pembiayaan secara individu yang ditawarkan khusus kepada wanita untuk menambah modal perniagaan, pembelian aset dan pengubahsuaian premis perniagaan. Syarat utama pembiayaan perlu menubuhkan kumpulan (5 orang satu kumpulan). Walau bagaimanapun Skim i-Bisnes melibatkan semua cawangan YHS, manakala bagi Skim NaDI hanya 4 cawangan sahaja yang boleh memproses skim ini.
-
Skim Pembiayaan YHS hanya dikenakan caj perkhidmatan tahunan, selaras dengan konsep pembiayaan patuh syariah.
-
Had pembiayaan maksima sehingga RM 50,000 dan kelulusan adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.
-
Berumur 18 tahun sehingga 65 tahun.
-
Syarat kelayakan permohonan pembiayaan Hijrah Selangor adalah seperti berikut : 1. Warganegara Malaysia 2. Berumur 18 tahun sehingga 65 tahun 3. Mengundi dan bermastautin di negeri Selangor 4. Perniagaan telah beroperasi minima satu (1) tahun 5. Perniagaan telah berdaftar dengan SSM / pihak PBT/ Agensi / Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional) 6. Bagi perniagaan yang berdaftar sebagai enterprise (perkongsian), pemohon perlu mendapatkan surat kebenaran daripada rakan kongsi yang membenarkan permohonan pembiayaan dibuat. 7. Tidak disenarai hitamkan di dalam mana-mana agensi yang berkaitan. 8. Bukan seorang bankrap atau tiada prosiding undang-undang atau prosiding kebankrapan yang akan atau telah dimulakan.
-
Dokumen diperlukan untuk permohonan pembiayaan Hijrah Selangor: - Salinan penyata bank 6 bulan. - Salinan SSM/lesen (PBT/agensi/badan profesional). - Salinan bil utiliti premis perniagaan atau rumah. - Dokumen sokongan lain yang diminta oleh Hijrah Selangor.
-
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web https://mikrokredit.selangor.gov.my/ atau boleh merujuk cawangan Hijrah Selangor yang terdekat dengan premis atau tempat tinggal.
-
Ya, penjamin diperlukan untuk menyokong kelulusan pembiayaan walau bagaimanapun bergantung kepada penilaian dokumen yang dilampirkan.
-
Tidak layak. Salah satu syarat pembiayaan Hijrah Selangor ialah pemohon mesti mengundi dan bermastautin serta menjalankan perniagaan di Selangor.
-
Tidak layak. Salah satu syarat utama pembiayaan Hijrah Selangor ialah pemohon mesti bermastautin dan mengundi di Negeri Selangor.
-
Ya. syarat utama pembiayaan Skim NaDI perlu menubuhkan kumpulan. Setiap kumpulan perlu mempunyai 5 orang ahli untuk melayakkan permohonan. Walau bagaimana skim ini adalah pembiayaan secara individu dan kelulusan tertakluk kepada kelulusan kumpulan dan NaDI.
-
Ya, dibenarkan kerana kelulusan pembiayaan berdasarkan kepada lesen dan perniagaan bagi setiap individu. Akan tetapi kelulusan bergantung kepada syarat-syarat dan penilaian yang ditetapkan oleh Hijrah Selangor.
-
Ya, dibenarkan kerana kelulusan pembiayaan berdasarkan kepada lesen dan perniagaan bagi setiap individu.
-
Tidak layak memohon kerana salah satu syarat pembiayaan adalah tidak disenarai hitamkan di dalam mana-mana agensi yang berkaitan.
-
Boleh memohon tetapi kelulusan akan dipertimbangkan bergantung kepada syarat-syarat dan penilaian yang ditetapkan oleh Hijrah Selangor.
-
Boleh memohon tetapi kelulusan akan dipertimbangkan bergantung kepada syarat-syarat dan penilaian yang ditetapkan oleh Hijrah Selangor.
-
Tempoh proses permohonan sehingga kelulusan adalah 14 hari (bergantung kepada dokumen lengkap).
-
Pemohon boleh menyemak status permohonan pembiayaan secara atas talian melalui laman web https://mikrokredit.selangor.gov.my/ atau boleh rujuk cawangan Hijrah Selangor dimana peserta memohon.
-
Boleh tetapi kelulusan bergantung kepada syarat-syarat dan penilaian yang ditetapkan oleh YHS.
-
Ya dibenarkan, Hijrah Selangor membenarkan penyelesaian pembiayaan dibuat pada bila-bila masa. Usahawan perlu membuat permohonan lebih awal dan perlu memaklumkan kepada cawangan di mana permohonan pembiayaan di buat untuk proses penyelesaian awal tersebut.
-
Kedua-duanya boleh bergantung kepada syarat-syarat dan penilaian yang ditetapkan oleh YHS.
-
Ya, pembiayaan Hijrah Selangor mematuhi prinsip syariah kerana menggunakan konsep tawarruq yang melibatkan murabahah komoditi.
-
Tempoh bayaran balik pembiayaan bagi skim i- Bisnes adalah sehingga 5 tahun. Manakala bagi skim NaDI adalah daripada 6 bulan sehingga 3 tahun.
-
Usahawan akan menerima nombor Virtual Account (VA) yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Pembiayaan. Pembayaran perlu dibuat terus ke akaun VA tersebut.
-
Setiap transaksi bayaran balik akan direkodkan di dalam sistem Hijrah Selangor yang boleh diakses oleh pemohon melalui laman web https://mikrokredit.selangor.gov.my/ atau boleh rujuk cawangan Hijrah Selangor dimana peserta memohon.
-
Pemohon boleh menyemak jumlah baki pembiayaan secara atas talian melalui laman web https://mikrokredit.selangor.gov.my/ atau boleh rujuk cawangan Hijrah Selangor dimana peserta memohon.
-
Ya, Hijrah Selangor akan menyenarai hitam usahawan yang mempunyai tunggakkan atau bayaran yang tidak mengikut jadual.
-
Tidak layak. Pemohon perlu melunaskan semua tunggakkan sedia ada terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pembiayaan baharu.
-
Boleh, jika usahawan telah menyelesaikan tunggakkan pembiayaan, Hijrah Selangor boleh mengeluarkan nama usahawan dari senarai hitam.
-
Ya. Pemohon boleh rujuk cawangan Hijrah Selangor dimana peserta memohon untuk mendapatkan surat pengesahan selesai bayaran balik pembiayaan.
-
Usahawan boleh mengeluarkan simpanan bagi pembiayaan yang telah selesai, tetapi sekiranya usahawan mempunyai pembiayaan yang masih aktif dan berbaki simpanan tersebut tidak boleh dikeluarkan.
-
Antara kelebihan apabila membuat pembiayaan dengan Hijrah Selangor adalah : 1. Latihan Perniagaan Berstruktur Menyediakan latihan komprehensif merangkumi aspek kewangan, pemasaran, operasi, dan pembangunan semula perniagaan. 2. Jaringan Niaga yang Lebih Luas Memberi akses kepada rangkaian usahawan serta agensi strategik seperti PLATS, MBI dan Hijrah Selangor. 3. Strategi Pemasaran yang Berkesan Menumpukan kepada teknik pemasaran digital, penjenamaan (branding) dan promosi tempatan yang praktikal. 4. Perlindungan Takaful & Khairat Kematian Menyediakan perlindungan sosial kepada peserta sepanjang tempoh penyertaan dalam program melalui skim takaful dan khairat kematian.
-
Anda boleh menghubungi: Talian Hotline Hijrah Selangor : 016-9121692 E-mel rasmi : admin@hijrahselangor.com Cawangan Hijrah Selangor terdekat – senarai penuh lokasi cawangan boleh dirujuk di laman web https://hijrahselangor.com/pages/lokasi-cawangan
-
Ya, pembiayaan ini dilindungi oleh syarikat takaful yang dilantik oleh YHS sekiranya berlaku musibah seperti kematian atau cacat kekal.