
Siri Kelima dalam Kempen 10 Tahun Kecemerlangan Hijrah Selangor kali ini membawa kita menjelajah ke Hulu Selangor melalui Program NaDI@Hijrah Xscape. Program dua (2) hari yang menghimpunkan usahawanita NaDI Hijrah Selangor ini berjaya membuktikan bahawa dengan semangat juang yang tinggi, kemahiran yang dimiliki, serta sokongan padu berpasukan, mereka semua mampu mengatasi segala cabaran, demi mencapai kejayaan!
Program ini telah disempurnakan dengan acara penghargaan kepada usahawanita NaDI oleh YBhg. Dato’ Ts. Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, bersama YBhg. Dato’ Mearia Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor; Encik Shah Ikram Idris, wakil Penyelaras DUN Batang Kali serta Encik Mohammad Yatim Samsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Batang Kali.
Terima kasih kepada para pemimpin setempat, MBI Selangor, para usahawan NaDI dan semua pihak atas sokongan dalam menjayakan program kali ini. Semoga hubungan erat ini dapat terus diperkukuh untuk kita melangkah bersama ke hadapan, demi membina masa depan keusahawanan Selangor yang cemerlang.