KLANG, 10 September - Yayasan Hijrah Selangor telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM882 juta kepada 61,300 usahawan di Selangor sejak ia mula beroperasi pada tahun 2015 hingga Julai lalu.

Menurut Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi, jumlah pembiayaan tersebut melibatkan 92,600 transaksi yang dilaksanakan melalui dua skim utama iaitu i-Bisnes dan Niaga Darul Ehsan (NaDI).

"Kalau khusus untuk NaDI, bagi pembiayaan NaDI sahaja dari 2024 hingga 2025, bilangan pembiayaan sebanyak 500, manakala keseluruhan pembiayaan berjumlah RM4 juta setakat ini.

"Untuk kadar istimewa Celebr8.88% Skim NaDI Merdeka, jumlah permohonan yang diterima ialah 55 dengan nilai pembiayaan sebanyak RM541,000. Sasaran peruntukan ditetapkan sebanyak RM1 juta sehingga November tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen Celebr8.88% Skim NaDI Merdeka di sini.

Jelas beliau, Hijrah Selangor kini sedang mengkaji mekanisme terbaik untuk menetapkan kadar pembiayaan pada paras minimum agar tidak membebankan usahawan terutamanya golongan berpendapatan rendah, B40 dan wanita.

Katanya, dalam usaha menarik lebih ramai usahawan wanita, Hijrah Selangor turut memperkenalkan kadar istimewa 8.88 peratus melalui kempen Celebr8.88% Skim NaDI Merdeka sebagai satu pendekatan segar bagi memperluas akses kepada pembiayaan mikro.

Dalam majlis tersebut, seramai 10 usahawan wanita menerima pembiayaan kadar istimewa 8.88 peratus berjumlah antara RM5,000 hingga RM10,000. - Berita RTM

Lorem Ipsum Dolor Sir Amet

Lorem ipsum dolor, sit amet consectetur adipisicing elit. Iure quis aut, tempore nemo delectus veritatis vel inventore exercitationem nobis, explicabo quo nulla architecto iste eveniet in autem corporis optio labore?